BUKIT MERTAJAM: Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang Fahmi Zainol berkata pemeriksaan lanjut beberapa agensi penguat kuasa hari ini mendapati, pencemaran itu bukan dari ladang babi yang terdapat di situ, seperti dilaporkan semalam.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), melakukan pemeriksaan di ladang babi itu bermula 11 pagi hari ini dan selepas pemeriksaan serta penjelasan daripada pengusaha ladang babi, kami melawat ladang itik yang terletak berdekatan untuk tinjauan lanjut.
"Kami mendapati pencemaran itu bukanlah dari ladang babi itu, tetapi datang dari ladang itik yang terdapat lebih 100,000 ekor, terletak bersebelahan dengan ladang (babi), dan kita mendapati bahawa memang ada direct discharge daripada ladang itik yang telah beroperasi sejak 15 tahun lepas.
"Sisa kumbahan dan najis dari ladang itik itu, ia terus ke Sungai Air Merah dan juga menerusi Sungai Kulim sehingga menyebabkan berlaku pencemaran, namun ia tidak memberi kesan secara langsung kepada air yang dirawat oleh sebuah loji rawatan air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), yang terletak kira-kira 14 kilometer (dari pencemaran)" katanya kepada pemberita selepas tinjauan dan pemeriksaan di perkampungan Sungai Lembu, di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah mengesan kegiatan melepaskan sisa ternakan babi yang disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, hingga menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab dilaporkan berkata pemeriksaan oleh pihaknya mendapati, terdapat beberapa kolam yang melepaskan efluen ke Sungai Air Merah yang kemudiannya memasuki Sungai Kulim, yang jarak antara kawasan penternakan ke pertemuan Sungai Air Merah-Sungai Kulim ialah kira-kira tiga kilometer.
Susulan itu, sebuah ladang ternakan babi di perkampungan Sungai Lembu diarah tutup serta-merta, selepas disyaki melepaskan sisa ternakan hingga menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah, serta arahan itu dikeluarkan pihak JPVPP selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata memang terdapat pencemaran air menerusi sisa ternakan, namun ia tidak memberi kesan kepada sumber air yang dirawat di kedua-dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah.
"Setakat ini, pengusaha ladang itik itu akan diambil tindakan oleh MBSP mengikut Akta Kerajaan Tempatan bagi penyaluran sisa terawat yang tidak terurus, ladang itik itu juga tidak mempunyai lesen dan pihak MBSP akan mengambil tindakan kompaun sebanyak RM1,000 dan lesen bangunan akan ditarik semula, sekiranya ketidakpatuhan itu tidak diselesaikan.
"Kita telah memperincikan bahawa kita akan kenakan tindakan, tetapi untuk saat ini ladang tersebut tidak pernah ataupun diberikan lesen lagi, sekiranya diberikan lesen kita akan kenakan tindakan maksimum denda RM30,000 dan juga penjara 3 tahun kepada pemilik ladang tersebut," kata Fahmi.
Sementara itu, Pengarah JPVPP Saira Banu Mohamed Rejab berkata pihaknya tidak dapat mengambil tindakan terhadap pengusaha ladang ternakan itik itu, kerana ladang berkenaan belum diletakkan di bawah bidang kuasa JPVPP berikutan enakmen berkaitan penternakan serta perladangan unggas, baru sahaja dikuatkuasakan awal tahun ini.
Bagaimanapun beliau berkata JPVPP telah menasihatkan pengusaha ladang ternakan itik itu untuk memperbetulkan semula saluran keluar sisa kumbahan seberapa segera, dengan menggunakan khidmat konsultan.
"Pada masa yang sama, kami juga akan membuat persampelan air atau sisa kumbahan yang keluar dan mengalir ke sungai-sungai tersebut, dan ia tidak boleh diarah ditutup serta-merta kerana mempunyai kira-kira 100,000 itik yang berada dalam proses ternakan aktif.
"Ladang itu dipercayai beroperasi selama 15 tahun dengan lesen bangunan yang dikeluarkan MBSP dan pencemaran berlaku akibat sisa ternakan itik tidak diuruskan dengan kaedah yang ditetapkan, iaitu sistem kumbahan tidak terurus dengan betul, air cuci sepatutnya ke kolam kumbahan tapi dari kandang terus ke parit dan sungai di situ," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Veterinar daripada Jabatan Kesihatan MBSP, Mohammad Aklis Azmi pula berkata pihaknya akan menyemak semula status ladang ternakan itik itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
"Jika didapati ladang tersebut berlesen, maka, kita (MBSP) akan bagi surat tunjuk sebab untuk tarik balik lesen mereka. Bagi aktiviti direct discharge itu pula, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kerajaan Tempatan iaitu penyaluran sisa tidak dirawat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Pencemaran: Ladang ternakan babi di Sungai Lembu diarah tutup - Fahmi Zainol
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang mengarahkan sebuah ladang ternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, di Bukit Mertajam ditutup.